Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You. Ada masa, visit here again okayy =3
Love Is Simple

بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, 17 August 2011

Damailah kau di sana

Awak..
Saya pernah sayangkan awak.
Saya pernah jatuh hati kat awak.
Saya pernah merasa bahagia bersama awak..
Saya tak pernah marah awak..
sebab awak selalu buat saya tersenyum.
Saya kenal erti setia daripada awak.
Saya rasa dah serasi bersama awak.
saya gembira sangat-sangat.

Tapi satu hari, saya kata nak berpisah..
Sebab, mungkin salah saya jugak terlalu emosi.
Saya rasa tertekan, tapi awak menjadi mangsanya. 
Sungguhpun begitu, awak tak marahkan saya.
Awak tanya kenapa saya buat keputusan macam tu.
Saya cuba tenangkan diri.
Beristighfar..
Saya terangkan satu-persatu.
Kemungkinan awak terasa dengan alasan saya.

Dia beri saya masa untu fikirkan semula.
Tanpa berlengah lagi,
saya terus buat keputusan.
Saya kata, "cancel"
saya memang masih sayangkan awak.
Tapi awak minta saya masa untuk berfikir pula.
Saya beri awak masa.
Dan petang tu juga awak beri keputusan.
awak kata, 
"awak taknak kita teruskan hubungan kita lagi"
saya tanya kenapa.
awak bagitahu "saya takut tak dapat membahagiakan awak satu hari nanti"
saya terdiam.
tersentuh.
rasa sedih. nak menangis pun ada.
awak tanya saya menangis atau tidak.
saya tak jawab ya.
akhirnya air mata saya gugur juga pada hari itu. 
itulah air mata sedih yg pertama sepanjang saya bersama dia.

saya tidak bersama dia lgi.
namun, saya masih menunggu.
kadang-kadang kami berbalas sms.

semakin hari semakin menjauh.
semakin hilang kata-kata di dalam sms.
semakin jarang bersua di telefon.
bila saya dapat tahu dia sudah ada pengganti.
saya terfikir, kenapa lelaki senang cari pengganti?
tapi saya tumpang gembira.
kebahagiaannya, kebahagiaan saya juga.
saya berdoa semoga perempuan itu terbaik buatnya.
saya mengundur diri.
namun saya selalu mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa.
tetapi..
lama kelamaan, dia benar-benar menjauh.
sangat jauh.
dia masih lagi selalu ada di pandangan.
tengok jarak dekat pun boleh.
tapi yang jauh itu adalah,
hati.
kenapa dia menyombong diri?
semakin dia tidak memandang ke arah saya.
saya tetap berdoa untuk diri dan kebaikannya. 

semakin hari semakin  terpana sinar kebencian di matanya apabila melihatku.
saya berkata sendirian.
kenapa dia begitu cepat berubah?
seperti saya telah melakukan kesalahan yang tidak dapat dimaafkan.
ada kala, saya mencuri-curi pandang wajahnya yg kurindui.

bila saya memikirkannya
hanya perasaan sedih dan kecewa yg menyelinap di hati.
kenangan bersamanya selalu terlintas di ingatan.
saya belajar untuk tidak menyayanginya lagi.
kerana,
jika perasaan ini masih ada,
ia hanya menyeksa jiwaku.
saya cuba untuk merelakannya.
bila saya dapat tawaran berpindah,
 saya rasa, inilah jalan terbaik untuk saya dan dirinya. 
ketika itu, saya berharap agar tidak berjumpanya lgi.
biarlah kenangan masih lekat di ingatan.
asalkan tidak bersua lagi
kerana itu hanyalah menyakitkan.
kini, saya membawa diri
membawa seribu kenangan yg takkan pernah luput dari ingatan..

Search Results



 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.