Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You. Ada masa, visit here again okayy =3
Love Is Simple

بسم الله الرحمن الرحيم

Saturday 31 August 2013

Mulianya Hati Seorang Doktor

Kisah ini merupakan kisah Mulianya  Hati Seorang Doktor


Sebuah kisah untuk pengajaran bersama .


Seorang doktor bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.

Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : “Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang tanggungjawab?”

Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: “Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”

“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!” jerit bapa budak itu lagi.

Doktor tersebut bersenyum dan berkata : “Saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah.”

Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : “Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.

“Alhamudillah. Anak saudara selamat!”

Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, “Ada apa-apa tanya jururawat saya.”

Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?” kata bapa itu ke jururawat…

Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, “Anak doktor Hisham meninggal semalam… accident… beliau tadi atas urusan perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis bedah, doktor kena gegas untuk balik mengebumikan anaknya.”

jawapan jururawat tu bikin Bapa budak tu tiba2 tergamam.

Saturday 17 August 2013

Berat hati bila tiba waktu ***

Assalamualaikum.

Macamana dengan hari perayaan korang? mesti meriah kan? tahun ni pun, saya rasa hari raya saya meriah biarpun tak semeriah tahun lepas. sebab tahun lepas abang, adik dan saya sendiri ada peperiksaan besar. 

so, kepala ne asyik fikir tu jea kan. makan pun tak selera. sebab tulah nak raya sakan tahun ne. eh, kira balas dendam? hahaha, bukanlaa. tapi, kenapa eh? raya tahun ne banyak perbezaan berbanding raya tahun tahun lepas. maybe sebab dua minggu lebih jea kat rumah. lepas tu kena balik hostel dahhh :( huhuhu. 

taktahu la kenapa berat sangat hati ne nak balik hostel. kengkawan semua pun cakap benda yg sama. kenapa eh? 

okay, firstly, saya masih belum puas lgi nak bersama keluarga. 

yg kedua, masih belum puas nak duk kat rumah. 

tiga, kat rumah boleh makan sesuka hati jea. tak adalah masa yg menetapkan waktu makan. 

empat pula, boleh bukak laptop, boleh on twitter facebook, update blog, bukak youtube dan baaanyak lgi.

 lima, boleh pegi kedai, jalan jalan kat taman permainan yg ada dekat kediaman saya tuu. alah, bila dah bosan kat rumah, ada laa jugak pegi jalan jalan kat luar.

see? dah lima. actually, banyak sangat benda yg saya boleh dan suka buat. sebab tulah saya saya lebih bahagia bila tinggal di rumah jea. hehehe. happy aman sentosa. tak adalah fikir itu ini lgi. ya meh tiada fikir apa apa. hik3

okay laa. esok saya dah nak balik hostel. tak pa tak paa. tinggal berapa bulan jea lgi kan. 
'aku menanti dengan penuh kesabaran'

Sabar itu kan indah :)


Tuesday 6 August 2013

Where There's A Will, There's A Way


modu annyeonghaseyo. kaifa haluka/haluki? ops! hehe, apa khabar korang semua?

 Dah lama rasanya saya tak menjenguk blog F-NR ne.  bila dah sibuk, blog pun terabai. mentang-mentanglah puasa dah nak habis. Okay, lupa pula. 


Saya nak ucap 'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.' jikalau sepanjang saya menulis, ada yg tersinggung  dengan apa yg saya bicarakan di dalam entri, saya hulur sepuluhjari*tinggalkan space bar jap*, ingin memohon maaf. harap sepuluhjari ne diterima dengan hati suci nan ikhlas. hehehe


kali ne, saya nak share sesuatu perkara yg telah membuat hati saya melompat-lompat kangaroo. haha

beberapa minggu yg lepas, saya telah menduduki ujian bulanan yg ketiga (last ujian). Ada beberapa subjek yg selalu membuat saya risau. antaranya, Sejarah, Prinsip Akaun, Bahasa Arab Tinggi, Mathematics dan Addmath. Maklumlah, saya ne bukanlaa jiwa math. sebab tulah bab2 subjek kiraan mesti saya letak di zon bahaya macam PA, Maths dengan +math tulah. Faham kan? 


Bahasa Arab Tinggi tu pun apa kurangnya. Kalau setakat Bahasa Arab Komunikasi maybe bolehlaa saya kreditkan. Tapi ne BAT hanya satu subjek ne pun dah buat tiga ekor burung pusing2 atas kepala. kalau Sejarah tuu, okay sikit laa.

Bila ujian tu dah tamat, mestilaa kita rasa tak sabar2 terima keputusan kan? So, dalam seminggu tu saya terima beberapa keputusan ujian tapi belum kesemuanya. dan bila tiba keputusan BAT, hati ne tidaklaa berdebar sangat. entahlaa. maybe sebab dah mindset yg BAT confirm tak score dan tak kredit. honestly, BAT saya selalu dapat gred G. yaa, G. percaya atau tidak, itulah hakikatnya. saya pun dah biasa bila dikaitkan BAT dengan gred G. for me, perkara tu dah pun sebati dalam kehidupan saya.


nama saya telah pun dipanggil dan tiba giliran saya untuk ambil kertas keputusan. Di depan uztazah saya buka kertas tu, belum duduk lgi, saya dah nampak markah saya tertera di atas kertas putih tu. saya tengok sekali, saya kelipkan mata beberapa kali. saya tengok lgi, saya tengok ustazah, saya tengok kertas tu balik, saya tengok ustazah, saya tengok markah tu balik.

saya kata macam ne "Uztazah, ustazah salah bagi kertas ne. Ne bukan kertas saya" ustazah suruh saya tengok nama, betullaaa. tu nama saya. ehh, tu nama saya laa ustazahhh. Okay, saya dah over excited. korang tau, apa yg saya nampak?

markah saya. ya, saya nampak markah saya. markah saya meningkat. saya boldkan ya, markah BAT saya meningkat laa kawan2. dari G ke E? bukanlaa kawan2. dari G ke C. jauh kan? Ya Allah. markah BAT saya lulus. malah, kredit pula tu. sekarang baru saya faham. senang rupanya nak score BAT ne. 

Ne pun berkat bantuan kawan sekelas saya, Inzzah. 10 minit sebelum ujian BAT, saya tarik kerusi pegi duduk dekat meja dia. saya hulur dia beberapa keping kertas nota BAT yg ustazah bagi. di dalam kertas tu, saya langsung tak faham satu apa pun isi kandungannya. Then, saya cakap dengan dia "Inzzah, saya nak kau bagi saya faham dari awal ustazah ajar hingga akhir." lepas dia ajar, tambahan lgi saya banyak tanya2 dia untuk memastikan kefahaman saya tu betul. Alhamdulillah. Alhamdulillahirabbil alamin. itulah keputusan yg saya dapat.  


Kini saya dah tau, jika kita berusaha, Allah akan berikan kita sesuatu mengikut usaha kita. InshaAllah, saya akan tingkatkan lgi usaha saya. saya akan selalu kata "Saya Boleh!" heheee

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.