Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You. Ada masa, visit here again okayy =3
Love Is Simple

بسم الله الرحمن الرحيم

Friday 26 July 2013

Birthday Boy


Hello guys. Hari ne dah 26/07/2013. meaning, ada birthday boy kelmarin.
dia lelaki yg saya sayangi. saya harap tahun ne menjadi tahun yg punyai seribu kenangan indah. amin. jadi bolehlah saya dengar lgi cerita dari dia kan, 

Dear,

Puasa Wajib !



Alhamdulillah. ujian bulanan yg ke-3 telah pun selesai kelmarin.

Hai semua. selamat bersua lagi! macam mana puasa tahun ne, okay? jangan pernah cuba ponteng puasa tau. kecualilaa korang ada sebab sebab yg munasabah. kalau sebab korang dah tak larat menahan lapar dan haus, saya sarankan better korang bawa bawa lah mengucap dan banyakkan membaca al-quran. mintalah daripada Allah agar diberi kekuatan dan iman yg teguh. jangan sesekali cakap macam ne "hmmm.. esok tak taulah dapat puasa atau tidak. macam malas rasanya. siapa tahan puasa setiap hari berturut turut."

janganlah berniat bukan bukan. cuba think possitive. in sha Allah, everything will be okay. jom malam ne kita berniat puasa. 

Aminnn.

Sekian.

Friday 19 July 2013

Beberapa Lembar Ayat Al-Quran HILANG ???

Hai semua. Di sini saya nak berkongsi cerita dengan korang. perkara ne baru jea menjadi isu perbualan di asrama saya kelmarin. 

Berdasarkan apa yg diceritakan oleh junior saya di sekolah, ada sorang putera(pelajar lelaki) membaca al-quran kelmarin di masjid sekolah saya. bila dia baca al-quran tu, tiba tiba dia dapati 6 pages yg tiada tulisan. maksudnya helaian tu kosong dan gambaran ayat tu seolah olah ditarik ke atas. bayangkan lah macamana. kertasnya ada tapi ayat tiada. dia kata halus. padahal al-quran tu bukannya terkena apa apa benda yg boleh menghilangkan tulisan seperti air dan sebagainya. kesan koyak apatah lagi. dalam beberapa jam selepas itu, dia buka semula al-quran tu dan 6 pages menjadi 8 pages. ayat ayat yg hilang tu merupakan ayat ayat dalam surah Al-Imran. ustazah saya kata, ne lah salah satu tanda tanda hari kiamat. ALLAHU AKBAR!



ne salah satu pengalaman yg saya dapat dari blog alkalizone.
Marilah kita renung dan fikir2kan akan kejadian ini, dimana saya perolehi e-mail ini dari seorang sahabat. fikir2kanlahh.

Tulisan al-Quran hilang dari naskahnya. salah satu tanda hari akhirat.

Malam tadi dalam rancangan Misteri Nusantara yang sempat saya rakam, antara paparannya adalah lenyapnya tulisan al-Quran dari naskahnya yang berlaku baru2 ini di sebuah kampung di Kuala Kangsar, Perak.

Wartawan Misteri Nusantara Shahnun Hanif Suhaimi yang mendapat panggilan seorang lelaki di Kampung Kota Lama, Kuala Kangsar, Perak telah bergegas ke lokasi menemui pemilik al-Quran iaitu seorang guru agama yang merasa pelik dan hairan apabila mendapati 4 pages dalam naskah al-Qurannya yang dimiliki selama 40 tahun hilang tulisannya begitu sahaja, sedangkan dia menggunakannya hampir setiap hari khususnya ketika mengajar anak2 muridnya mengaji.

Berdasarkan hadis Sahih Bukhari dan Muslim, antara tanda2 Kiamat ialah apabila al-Quran diangkat ke langit.
Penduduk kampung mengaitkan kejadian aneh ini dengan tanda2 Kiamat tetapi sejauh mana kebenarannya masih menjadi tanda tanya.
Hajah Khatijah seorang guru agama berusia 74 tahun telah menggunakan naskah al-Quran ini 40 tahun lamanya. Ia diterima sebagai barangan pusaka ibu saudaranya yang mewasiatkan agar selalu membacanya.




Kejadian ini disedari ketika Hajah Khatijah membaca al-Quran selepas sembahyang Isyak dan apabila sampai ke juzuk 13 dia mendapati tulisannya telah lenyap walaupun sebelum ini tulisan ini ada. Menurutnya yang telah khatam membaca naskah al-Quran ini lebih 40 kali tidak pernah melihat adanya helaian kosong atau misprint. Katanya jika ia disebabkan oleh tindak balas kimia, mengapa hanya 4 helai sahaja yang hilang dan tidak di muka surat lain. Naskah ini juga menurutnya disimpan dengan baik tidak terkena air atau bahan kimia.
Kehilangan ayat dalam naskah al-Quran ini membabitkan ayat dalam surah Ibrahim dan surah al-Hijr.
Naskah al-Quran lama ini yang dicetak oleh Sulaiman Press di 85, Lebuh Acheh, Penang , tidak lagi dijual. Wartawan Shahnun Hanif Suhaimi yang melihat lebih dekat naskah tersebut mendapati tiada kesan ianya dipadam atau kemungkinan helaiannya ditukar. Walau apa pun yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu dan Allah maha berkuasa ke atas segala sesuatu.





Menurut  para ulama besar dalam Al-Qur'an dan hadist Rasul,  tahap-tahap proses dekatnya Kiamat besar (yaumal kiyamah) ada beberapa tahap :
1. Kemunculan Imam Mahdi

2. Kemunculan Dajjal
3. Turunnya Nabi Isa as.
4. Kemunculan ya'juj dan ma'juj
5. Terbitnya matahari dari barat ke timur
6. Pintu pengampun akan ditutup
7. Dab'bat al-Ard aka keluar dari tanah dan akan menandai muslim yang sesungguhnya
8. Kabut selama 40 hari akan mematikan semua orang beriman sejati sehingga mereka tidak perlu mengalami tanda-tanda kiamat lainnya
9. Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan
10. Pemusnahan atau runtuhnya Kiblat muslim yaitu Ka'bah
11.Tulisan isi Al-Qur'an akan lenyap
12. Tiupan sangkala yang pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa kaget yang sangat dan ketakutan yang membuat perasaan putus asa
13. Tiupan sangkala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup dan mati
14. Dan tiupan sangkala yang ketiga yang membuat setiap makhluk bangkit kembali hidup


Hari Kiamat itu adalah benar dan ia akan terjadi. oleh itu, sama sama lah kita seislam memperbetulkan niat kita dan menambah amalan amalan yg diredhai Allah. Moga entri ini memberi peringatan dan kesedaran kepada kita semua. Wallahualam.

Monday 15 July 2013

Hari Ulang Tahun yg ke 16


Hai. Kali ne saya nak share dengan korang tentang apa yg telah terjadi baru jea tadi. Waktu tu saya nak masuk tidur, tiba tiba kawan saya call. saya ingatkan dia call sebab nak pinjam buku atau nak kirim topup sebab dah selalu macam tu kan. Bila saya angkat panggilan tu, lain pula yg saya dengar.

~ "Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Nur Farah Ain.. Allah selamatkan kamu.." ~

Ya Allah.. saya tersentuh dengar nyanyian dari diorang tadi. saya terlupa yg kami memang bercadang mahu sambut hari jadi kami sama sama dari bulan Januari hingga yg paling muda. Minggu lepas, kami tempah sebiji kek cheese dan sebiji kek coklat. kami gabung duit kami untuk bayar sebab kek tu untuk kami semua.

korang tak rasa sweetkah rancangan kami tu? hihihi

korang nak tau berapa ramai di antara kami semua. bukan tiga, bukan juga lima tapi sepuluh.

antaranya: Farah(saya), Tiniey(Halimah), Miramo(Nur Amira Mohd), Rina(Azrina), Jiyah(Nurul Najiyyah), Fitri(Fitriwati), Epah(Iffah Shahfiqah), Aida(Noraida), Ten ten(Suziana), Lia(Norlia). See? semuanya ada sepuluh. kami BUKAN geng, tapi kami kawan. kawan selalu. kawan selamanya. 

Akhir kata, saya rasa ada hikmahnya saya belajar di sekolah tu sebab di sana saya gembira dapat kenal mereka sembilan orang termasuk kawan kawan yg lain seperti Atun, Didi, Erra, Tyra dan lain lain lgi.

Dear girls, I'm so happy to know you. Happy to be friend with you. Happy with you all. Dengan adanya korang, saya bertahan tinggal di asrama. Thanks a lot!

Inikah namanya setia?


Hai you alls! Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Di bulan yg indah ini sama samalah kita menambah pahala dan mencari keberkatan Illahi kayy.

SETIA. yup, dah lama saya nak buat entri ne cuma baru sekarang berkesempatan. well, saya kan dah bergelar 'pelajar asrama'. so, tiada masa pula to waste my time menghadap skrin laptop. nak kata busy, taklah busy sangat.

perkataan setia ne selalunya digunakan oleh sepasang kekasih yg sedang bercinta. right? diorang letak perkataan setia dalam sebuah janji. contoh, "saya janji akan setia kepada awak hingga akhir hayat saya" wah wahh, betul kan? hehe. mungkin sesetengah orang telah pun tunaikan janji diorang sehinggalah diorang kini bergelar suami isteri. tapi macamana dengan yg mampu berjanji tapi tak mampu tunaikan? dah 'couple' beberapa bulan, lepas tu "saya nak clash. sekarang awak dah jauh dari saya. jadi saya nak awak belajar sungguh sungguh dulu sehingga awak dapat apa yg ingin awak capai" tapi bila dah clash, beberapa bulan lepas tu "I have new bf" dengan bangganya dia bagitau semua orang di pelusuk dunia. hampehh -_- itukah yg dinamakan setia? amat tidak masuk akal.  

kekadang saya rasa geram jugak dengar citer dari kawan kawan saya yg ditinggalkan. rasa nak marah pun ada bila kawan saya sendiri yg 'pasang dua tiga empat lima sepuluh' *amboi, melebihlah pula. 

saya harap, korang yg sedang membaca ne akan selalu setia dengan orang yg korang sayang. janganlah kecewakan diorang. Allah tu kan maha adil. tidak semena menanya kita sendiri yg merasa. okaylah, saya nak buat persediaan untuk balik ke asrama esok. wassalam. 

Sunday 14 July 2013

Fadhilat dan Khasiat Surah Al-Mulk



Hai korang korang yg awesome. Kepada para muslimin dan muslimat, Assalamualaikum. Selamat berpuasa yeaa. Saya nak share dengan korang tentang kelebihan-kelebihan surah Al-Mulk. 

Surah Al-mulk yg mana satu eh?

okay, yg ne


ne cuma potongan ayat surah Al-Mulk.
sumber: Pak Gugel


Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 

Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
 .
.

Kandungan Surah Al Mulk

Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.
 .
Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.
 .
Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.
 .
Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.
 .
Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.
 .
Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”
-.-

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
 .
.

Fadhilat Dari Hadis

Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat
  • Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
  • Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 
  • Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
 .
.
2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.” 
  • Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” 
  • Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”. 
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 
  • Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
  • Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)
 .
 .
3. Hati Beriman
  • Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
 .
 .
4.  Mendapat Keistimewaan
  • Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.” 
  • Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.” 
.
.

Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk

Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:
 .
1.  Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk

أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌ ﴿١٤

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.
.
.

2.  Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk

قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ‌ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُ‌ونَ ﴿٢٣

Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
.
- Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.
.
.
Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.

credit to: shafiqolbu



Emotional


Tahun 2013 ne merupakan tahun saya di sekolah yg baru. Saya belajar di sekolah agama berasrama penuh. Saya hairanlah. baru belajar di sekolah agama pun dah dipanggil ustazah? kenapa kebanyakan orang-orang macam tu ek? nak jadi ustazah ne kan bukan senang. ilmu pengetahuan tentang agama kenalah lebih mendalam. Even gelaran 'ustazah' tu hanya gurauan, tapi saya rasa sangat sensitif lebih lebih lgi ada orang kata saya alim. Alim? Ya allah! memanglah saya mahu berdamping dengan para ulama tpi amalan pun belum cukup, pengetahuan tentang agama pun belum luas macam mana nak jadi orang alim? ohh, mentang mentanglaa di sekolah agama pakai tudung labuh. hmmm,

Maafkan saya jika saya terlebih emosi. Anyway, saya nak bagitau yg ne blog saya yg baru. blog saya yg dulu dah tiada. kalau korang pernah melawat dreams-in-my-sleep.blogspot.com, saya telah sahkan ia telah dibuang a.k.a deleted. okay? harap kalian semua mengerti ya. kalau ngak ngerti juga, bisa tekan aja link itu ya. wah, ada mbak di sini. okay, joking. hehe


Doakan saya menjadi orang alim seperti apa yg dianggap. Inn Sha Allah. syukran jazilan! 

Saturday 13 July 2013

Bismillahirrahmaanirrahiim. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.