Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You. Ada masa, visit here again okayy =3
Love Is Simple

بسم الله الرحمن الرحيم

Friday 19 July 2013

Beberapa Lembar Ayat Al-Quran HILANG ???

Hai semua. Di sini saya nak berkongsi cerita dengan korang. perkara ne baru jea menjadi isu perbualan di asrama saya kelmarin. 

Berdasarkan apa yg diceritakan oleh junior saya di sekolah, ada sorang putera(pelajar lelaki) membaca al-quran kelmarin di masjid sekolah saya. bila dia baca al-quran tu, tiba tiba dia dapati 6 pages yg tiada tulisan. maksudnya helaian tu kosong dan gambaran ayat tu seolah olah ditarik ke atas. bayangkan lah macamana. kertasnya ada tapi ayat tiada. dia kata halus. padahal al-quran tu bukannya terkena apa apa benda yg boleh menghilangkan tulisan seperti air dan sebagainya. kesan koyak apatah lagi. dalam beberapa jam selepas itu, dia buka semula al-quran tu dan 6 pages menjadi 8 pages. ayat ayat yg hilang tu merupakan ayat ayat dalam surah Al-Imran. ustazah saya kata, ne lah salah satu tanda tanda hari kiamat. ALLAHU AKBAR!



ne salah satu pengalaman yg saya dapat dari blog alkalizone.
Marilah kita renung dan fikir2kan akan kejadian ini, dimana saya perolehi e-mail ini dari seorang sahabat. fikir2kanlahh.

Tulisan al-Quran hilang dari naskahnya. salah satu tanda hari akhirat.

Malam tadi dalam rancangan Misteri Nusantara yang sempat saya rakam, antara paparannya adalah lenyapnya tulisan al-Quran dari naskahnya yang berlaku baru2 ini di sebuah kampung di Kuala Kangsar, Perak.

Wartawan Misteri Nusantara Shahnun Hanif Suhaimi yang mendapat panggilan seorang lelaki di Kampung Kota Lama, Kuala Kangsar, Perak telah bergegas ke lokasi menemui pemilik al-Quran iaitu seorang guru agama yang merasa pelik dan hairan apabila mendapati 4 pages dalam naskah al-Qurannya yang dimiliki selama 40 tahun hilang tulisannya begitu sahaja, sedangkan dia menggunakannya hampir setiap hari khususnya ketika mengajar anak2 muridnya mengaji.

Berdasarkan hadis Sahih Bukhari dan Muslim, antara tanda2 Kiamat ialah apabila al-Quran diangkat ke langit.
Penduduk kampung mengaitkan kejadian aneh ini dengan tanda2 Kiamat tetapi sejauh mana kebenarannya masih menjadi tanda tanya.
Hajah Khatijah seorang guru agama berusia 74 tahun telah menggunakan naskah al-Quran ini 40 tahun lamanya. Ia diterima sebagai barangan pusaka ibu saudaranya yang mewasiatkan agar selalu membacanya.




Kejadian ini disedari ketika Hajah Khatijah membaca al-Quran selepas sembahyang Isyak dan apabila sampai ke juzuk 13 dia mendapati tulisannya telah lenyap walaupun sebelum ini tulisan ini ada. Menurutnya yang telah khatam membaca naskah al-Quran ini lebih 40 kali tidak pernah melihat adanya helaian kosong atau misprint. Katanya jika ia disebabkan oleh tindak balas kimia, mengapa hanya 4 helai sahaja yang hilang dan tidak di muka surat lain. Naskah ini juga menurutnya disimpan dengan baik tidak terkena air atau bahan kimia.
Kehilangan ayat dalam naskah al-Quran ini membabitkan ayat dalam surah Ibrahim dan surah al-Hijr.
Naskah al-Quran lama ini yang dicetak oleh Sulaiman Press di 85, Lebuh Acheh, Penang , tidak lagi dijual. Wartawan Shahnun Hanif Suhaimi yang melihat lebih dekat naskah tersebut mendapati tiada kesan ianya dipadam atau kemungkinan helaiannya ditukar. Walau apa pun yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu dan Allah maha berkuasa ke atas segala sesuatu.





Menurut  para ulama besar dalam Al-Qur'an dan hadist Rasul,  tahap-tahap proses dekatnya Kiamat besar (yaumal kiyamah) ada beberapa tahap :
1. Kemunculan Imam Mahdi

2. Kemunculan Dajjal
3. Turunnya Nabi Isa as.
4. Kemunculan ya'juj dan ma'juj
5. Terbitnya matahari dari barat ke timur
6. Pintu pengampun akan ditutup
7. Dab'bat al-Ard aka keluar dari tanah dan akan menandai muslim yang sesungguhnya
8. Kabut selama 40 hari akan mematikan semua orang beriman sejati sehingga mereka tidak perlu mengalami tanda-tanda kiamat lainnya
9. Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan
10. Pemusnahan atau runtuhnya Kiblat muslim yaitu Ka'bah
11.Tulisan isi Al-Qur'an akan lenyap
12. Tiupan sangkala yang pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa kaget yang sangat dan ketakutan yang membuat perasaan putus asa
13. Tiupan sangkala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup dan mati
14. Dan tiupan sangkala yang ketiga yang membuat setiap makhluk bangkit kembali hidup


Hari Kiamat itu adalah benar dan ia akan terjadi. oleh itu, sama sama lah kita seislam memperbetulkan niat kita dan menambah amalan amalan yg diredhai Allah. Moga entri ini memberi peringatan dan kesedaran kepada kita semua. Wallahualam.

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.