Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You. Ada masa, visit here again okayy =3
Love Is Simple

بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday 6 August 2013

Where There's A Will, There's A Way


modu annyeonghaseyo. kaifa haluka/haluki? ops! hehe, apa khabar korang semua?

 Dah lama rasanya saya tak menjenguk blog F-NR ne.  bila dah sibuk, blog pun terabai. mentang-mentanglah puasa dah nak habis. Okay, lupa pula. 


Saya nak ucap 'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.' jikalau sepanjang saya menulis, ada yg tersinggung  dengan apa yg saya bicarakan di dalam entri, saya hulur sepuluhjari*tinggalkan space bar jap*, ingin memohon maaf. harap sepuluhjari ne diterima dengan hati suci nan ikhlas. hehehe


kali ne, saya nak share sesuatu perkara yg telah membuat hati saya melompat-lompat kangaroo. haha

beberapa minggu yg lepas, saya telah menduduki ujian bulanan yg ketiga (last ujian). Ada beberapa subjek yg selalu membuat saya risau. antaranya, Sejarah, Prinsip Akaun, Bahasa Arab Tinggi, Mathematics dan Addmath. Maklumlah, saya ne bukanlaa jiwa math. sebab tulah bab2 subjek kiraan mesti saya letak di zon bahaya macam PA, Maths dengan +math tulah. Faham kan? 


Bahasa Arab Tinggi tu pun apa kurangnya. Kalau setakat Bahasa Arab Komunikasi maybe bolehlaa saya kreditkan. Tapi ne BAT hanya satu subjek ne pun dah buat tiga ekor burung pusing2 atas kepala. kalau Sejarah tuu, okay sikit laa.

Bila ujian tu dah tamat, mestilaa kita rasa tak sabar2 terima keputusan kan? So, dalam seminggu tu saya terima beberapa keputusan ujian tapi belum kesemuanya. dan bila tiba keputusan BAT, hati ne tidaklaa berdebar sangat. entahlaa. maybe sebab dah mindset yg BAT confirm tak score dan tak kredit. honestly, BAT saya selalu dapat gred G. yaa, G. percaya atau tidak, itulah hakikatnya. saya pun dah biasa bila dikaitkan BAT dengan gred G. for me, perkara tu dah pun sebati dalam kehidupan saya.


nama saya telah pun dipanggil dan tiba giliran saya untuk ambil kertas keputusan. Di depan uztazah saya buka kertas tu, belum duduk lgi, saya dah nampak markah saya tertera di atas kertas putih tu. saya tengok sekali, saya kelipkan mata beberapa kali. saya tengok lgi, saya tengok ustazah, saya tengok kertas tu balik, saya tengok ustazah, saya tengok markah tu balik.

saya kata macam ne "Uztazah, ustazah salah bagi kertas ne. Ne bukan kertas saya" ustazah suruh saya tengok nama, betullaaa. tu nama saya. ehh, tu nama saya laa ustazahhh. Okay, saya dah over excited. korang tau, apa yg saya nampak?

markah saya. ya, saya nampak markah saya. markah saya meningkat. saya boldkan ya, markah BAT saya meningkat laa kawan2. dari G ke E? bukanlaa kawan2. dari G ke C. jauh kan? Ya Allah. markah BAT saya lulus. malah, kredit pula tu. sekarang baru saya faham. senang rupanya nak score BAT ne. 

Ne pun berkat bantuan kawan sekelas saya, Inzzah. 10 minit sebelum ujian BAT, saya tarik kerusi pegi duduk dekat meja dia. saya hulur dia beberapa keping kertas nota BAT yg ustazah bagi. di dalam kertas tu, saya langsung tak faham satu apa pun isi kandungannya. Then, saya cakap dengan dia "Inzzah, saya nak kau bagi saya faham dari awal ustazah ajar hingga akhir." lepas dia ajar, tambahan lgi saya banyak tanya2 dia untuk memastikan kefahaman saya tu betul. Alhamdulillah. Alhamdulillahirabbil alamin. itulah keputusan yg saya dapat.  


Kini saya dah tau, jika kita berusaha, Allah akan berikan kita sesuatu mengikut usaha kita. InshaAllah, saya akan tingkatkan lgi usaha saya. saya akan selalu kata "Saya Boleh!" heheee

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.